January 10, 2013

Written Perennial.

Sometimes aku rasa, hidup ini lebih daripada apa yang kita lalui pada waktu ini. Kadang-kadang aku terfikir bila melihat kawan-kawan lama aku (atau yang pernah menjadi kawan) apa yang mereka lalui sekarang, selepas berkahwin, bekerja, mempunyai anak dan sebagainya,rasa macam tak percaya ini kehidupan mereka selepas mengenali mereka 5-6 tahun sebelumnya. Semuanya sudah berubah, lain daripada apa yang aku kenali dahulu. Maturity? Mungkin. Perubahan masa? Mungkin.

Not talking in the mean way, just in the curious way. Is this what they want in life? Mempunyai kerjaya tetap (tak dilupakan rutin harian yang diulang-kali), mempunyai anak,mempunyai keluarga, mempunyai aset dan tanggungan, mempunyai material dan sebagainya. Kadang-kadang bila aku melihat balik mereka dan membayangkan mereka 5-6 tahun lalu, rasa seperti tidak mungkin ini mereka. Rasa seperti they deserve something more, something better. Or not.

Aku masih teringat, ketika masih muda dan hijau, keinginan, semangat dan rasa yang dikongsi bersama. All the thought that we shared, all the stories and everything. Adakah mereka masih ingat apa yang mereka inginkan satu ketika dahulu? Adakah mereka tahu yang ini apa yang akan mereka lalui sekarang? Adakah mereka lupa semangat dan cita-cita keinginan mereka dahulu, bagaimana bijaknya, bagaimana gembiranya, bagaimana "free"-nya mereka dahulu. Do they realize how bright they were, and how they can achieve something bigger than now? 

Self reflection,aku beruntung,I was a lucky bastard.I lived someone else's dream. Aku mempunyai peluang untuk membuat segala apa yang aku impikan. Walaupon aku tidaklah pergi jauh mana. Tapi at least, aku berganjak dari takuk lama aku dahulu. Dari zaman kesusahan, dari lohong gelap aku merangkak mencari cahaya (metofora paling mudah untuk aku gunakan sekarang). Walaupon penuh kepayahan, namun aku dapat buat apa yang aku hendak buat. Walaupon masih mempunyai limitasi. Tapi ini bukan waktu untuk embrace apa-apa. 

Kadang-kadang betul kata sahabat rapat aku, hidup ini kena lebihkan syukur. Tetapi definasi bersyukur pada setiap orang itu berbeza. Mungkin apa yang kawan-kawan aku lalui sekarang itu apa yang mereka hendakkan,apa yang mereka bayangkan. Mungkin mereka bahagia hidup seperti itu,mungkin mereka happy dengan cara begitu. Siapa tahu?

Aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, dan hari-hari selepasnya. Aku masih aku, cuba menjadi lebih baik, dengan hati yang besar tapi betatih dan cuba untuk tidak mendongak tinggi. Semoga selamat. 


No comments: