Aku rasa aku perlukan lebih banyak ruang untuk ekspresi diri sendiri, aku maksudkan dalam penulisan. Aku perlukan medium untuk menulis tentang semua apa yang aku observed, apa yang aku rasa dan apa yang aku lihat, without having a guilt of people being judgmental about it.
Aku pernah terbaca bahawa Harper Lee (penulis To Kill a Mockingbird) pernah mengatakan bahawa seorang penulis mesti "write what he know, and write it truthfully". Sudah tentunya aku cuba menulis apa yang aku fahami, apa yang aku tahu based on experiences aku sendiri. Aku tak mahu mengikut rhythm dan identiti orang lain, berdasarkan pengalaman orang lain. Aku tak mahu mengikut trend, hype dan jadi seorang yang sell-out. Aku tak mahu orang mentafsirkan apa yang aku tulis, dan aku tidak pernah peduli berapa ramai mahu membaca apa yang aku tulis. Aku cuma tidak peduli, kerna bagi aku aku menulis untuk kekalkan sanity dalam diri aku.
Bila menulis aku merasa free, aku merasa infinity. Aku merasa kosong dan sebati dengan manusia didalam aku.
Bila menulis aku merasa free, aku merasa infinity. Aku merasa kosong dan sebati dengan manusia didalam aku.
Jadinya, aku masih setia melanggan kotak blog ini, menulis tentang perasaan, kehidupan, kekeliruan, kebosanan, kekecewaan, kemarahan, kegembiraan, keluar daripada kebosanan dan ulang semula apa yang aku rasa. Aku menulis tentang Tuhan, tentang Annabelle (kerna dia adalah sumber inspirasi aku, aku akui), aku menulis tentang ketuhanan dan divinity, aku menulis tentang betapa kotornya aku, aku menulis tentang perasaan, aku menulis tentang engkau, aku menulis tentang kemanusiaan, tentang strangers, aku menulis tentang alam, kemusnahan dan mostly, ianya secara spontan. Aku tidak perlukan orang untuk judge tulisan aku, dan cakap "Aku dah kenal siapa kau". Konflik ini tidak akan pernah selesai.
Dan aku tidak pernah akan merasa puas. Sebab itu aku bermula semula. Kali ini lebih gagah dan penuh kerendahan hati (humble).
No comments:
Post a Comment